More

    Alibaba Malaysia lancarkan Latihan Netpreneur untuk bantu usahawan bina kemahiran digital

    Alibaba Global Initatives telah melancarkan edisi baharu untuk program Alibaba Latihan Netpreneur di Malaysia, dengan kerjasama daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Penyertaannya dibuka untuk semua usahawan Malaysia yang berminat mengembangkan pengetahuan mereka.

    Dalam program yang akan berlangsung pada 12 Julai hingga 16 Ogos 2022 ini, AGI akan bantu peserta bina kemahiran untuk trend e-perdagangan dalam suasana pascapandemik, seperti beli-belah rentas sempadan dan pembangunan ekonomi digital lain.

    Program ini akan dikendalikan secara atas talian dalam Bahasa Inggeris oleh pembimbing Alibaba yang diiktiraf. Antara ilmu pengetahuan yang akan dikongsi adalah:

    • Ekonomi digital di China dan trend terkini dalam perkembangannya
    • Perjalanan beberapa perniagaan tradisional yang berjaya melalui transformasi digital
    • Evolusi perniagaaan Alibaba dan peranan teknologi digital
    • Rangka kerja untuk membina perniagaan dalam dunia digital

    Para peserta yang melengkapkan program ini akan menerima e-sijil dan layak menyertai komuniti usahawan AGI bagi berkongsi lebih banyak pengetahuan sesama mereka. Peserta yang cemerlang pula berpeluang untuk menyertai program khas selama seminggu di ibu pejabat Alibaba di Hangzhou, China.

    Pendaftaran untuk program ini akan dibuka di laman web Alibaba Malaysia sehingga awal bulan Julai. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured