More

    Alienware lancarkan komputer riba baharu, monitor dan aksesori “gaming” dalam acara CES 2022

    Jika anda gemar bermain game, kebanyakan orang ramai pasti akan memilik komputer riba Alienware kerana prestasi dan grafiknya. Alienware mereka bentuk dan mengoptimumkan M-Series  bagi mereka yang menginginkan prestasi yang baik dan X-Series yang mengutamakan mobiliti yang boleh didapati dalam acara CES 2022.

    Alienware x14 14 inci merupakan komputer riba paling nipis setakat ini dengan bentuk engsel unik. Rangkaian teknologi penyejukan Alienware Cryo-Tech dan kapasiti bateri Whr terbesar yang mampu memainkan semula video HD selama lebih 11 jam. Alienware x14 menyokong teknologi Advanced Optimus dan G-SYNC NVIDIA serta menggunakan port USB-C sebagai port pengecasan. 

    Ia menggunakan pemproses siri H Intel Core Generasi ke-12 dan bahan antara muka haba eksklusif Dell iaitu Element 31 sebagai tambahan kepada Intel Arc Graphics atau GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 3060 dengan peraturan voltan 7 fasa.

    Terdapat juga peningkatan pada Alienware x15 R2 dan Alienware x17 R2 termasuk set pilihan grafik NVIDIA GeForce RTX 30 Series, 12th Gen Pemproses Intel Core, memori dengan kelajuan DDR5 6400Mhz, pencahayaan stadium AlienFX dan sebagainya.

    Komputer riba permainan siri M seperti Alienware m17 R5 dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 6000 Series, grafik AMD Radeon RX, teknologi AMD FreeSync Premium, AMD SmartShift MAX dan teknologi AMD Smart Access Memory. Ia turut mempunyai teknologi penyejukan berteknologi Alienware Cryo termasuk penyejukan ruang wap grafik untuk mengekalkan prestasi tinggi.

    Alienware m17 adalah bebas lag dengan taipan yang memuaskan dari papan kekunci mekanikal CherryMX. Alienware juga menawarkan Alienware m15 R7 bersaiz 15 inci yang tersedia dengan pemproses AMD Ryzen atau pemproses siri Intel Core H Generasi ke-12 yang menyokong GPU NVIDIA GeForce RTX 30-Series terkini. Kesemua komputer riba Alienware kini dilengkapi dengan Dolby Vision untuk visual spektrum penuh dan audio spatial dan Dolby Atmos. 

    Selain itu, Alienware 34 Curved QD-OLED Gaming Monitor merupakan monitor gaming Quantum Dot OLED pertama di dunia menampilkan paparan QD-OLED memberikan anda keseragaman warna yang konsisten dan kecerahan yang jelas. Monitor memberi anda jaminan perkakasan 3 tahun untuk kerosakan OLED burn-in.

    Ia boleh digabungkan dengan panel 1800R yang melengkung seperti Legend 2.0 baharu. Ia bebas lag, grafik dengan masa tindak balas Kelabu hingga Kelabu (Gray to Gray) 0.1ms, kadar penyegaran semula 175Hz dan pensijilan NVIDIA G-SYNC ULTIMATE. Gunakan pratetap Mod Pencipta pada paparan membolehkan anda memilih ruang warna DCI-P3 dan sRGB serta pelarasan tahap gamma. Ia mempunyai ComfortView Plus yang diiktiraf TUV dan pencahayaan AlienFX di bahagian belakang monitor.

    "
    "

    Alienware Tri-Mode Wireless Gaming Headset juga penerima anugerah Inovasi CES mewarisi reka bentuk Legend 2.0 yang merupakan set kepala Alienware yang paling selesa dengan silhoutte yang lebih langsing, penutup kulit dan bahagian telinga yang lembut. Ia mempunyai pembatalan hingar aktif, audio berbilang dimensi dikuasakan oleh Dolby Atmos, kawalan sentuh dan kesambungan peranti. 15 minit pengecasan pantas menghasilkan 6 jam penggunaan manakala pengecasan penuh membolehkan penggunaan sehingga 55 jam.

    Alienware Tri-Mode Wireless Gaming Mouse seberat 89g dengan reka bentuk langsing mempunyai genggaman ibu jari ambideks 3D dan pencahayaan AlienFX RGB. Terdapat sensor optik generasi seterusnya, 26,000 DPI dan plat kekunci daya magnet memastikan prestasi lancar ketika digunakan.

    Ia dilengkapi dengan sistem NVIDIA Reflex yang boleh dipadankan dengan paparan NVIDIA G-SYNC. Tetikus hadir dengan berbilang mod penyambungan dan pengecas bermagnet paten-pending yang menyediakan sehingga 15 jam penggunaan dengan pengecasan 5 minit, atau sehingga 140 jam penggunaan apabila dicas sepenuhnya.

    Alienware akan mengumumkan harga bagi kesemua produk di atas tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...