More

    Alliance Bank lancarkan Kad Kredit Maya Visa, mohon melalui aplikasi allianceonline Mobile

    Semalam, Alliance Bank Malaysia melancarkan Kad Kredit Maya Visa pertamanya. Ini adalah kad maya pertama di Malaysia dan untuk memerangi penipuan kewangan, kad kredit maya tersebut akan hadir dengan nombor dinamik juga. 

    Ia berfungsi sebagai alat pembayaran dalam talian dan seperti kad kredit biasa, pelanggan yang memohon untuk mendapatkannya boleh mendapat beberapa ganjaran seperti Mata Bonus (8x) dengan transaksi beli-belah dalam talian dan tambah nilai eWallet dan tiada yuran tahunan. 

    Kad kredit maya Visa pertama Alliance Bank disediakan pada aplikasi mudah alih Alliance Online yang boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google PlayStore. Kad ini mempunyai nombor 16 digit secara rawak selama 30 minit. Anda perlu menggunakan 16 digit tersebut untuk membuat pembayaran. 

    Selain itu, anda boleh memilih untuk membekukan, menyahbeku atau memadamkan kad maya anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh membuat pembayaran dalam talian melalui DuitNow kepada peniaga terpilih serta membayar bil dengan JomPay. 

    Pembayaran balik juga disediakan dengan 9.88% p.a. dengan sama ada 12, 24 atau 36 ansuran tetap. Untuk memohon Kad Kredit Maya Visa, anda hanya perlu klik pada “Mohon Kad Maya” pada aplikasi dan kemudian memuat naik dokumen yang diperlukan.

    Ketahui lebih lanjut di laman web rasmi Alliance Bank di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Alliance Bank

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...