More

    Amazfit Balance 2 rasmi di Malaysia: AMOLED 1.5″, mod HYROX dan kalis air 10 ATM berharga RM1,299

    Amazfit secara rasmi telah melancarkan jam tangan pintar terbaharu dengan Amazfit Balance 2 dalam pasaran Malaysia. Peranti ini direka dengan penekanan terhadap kecergasan dan gaya hidup aktif. Balance 2 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.5 inci yang dilindungi kaca kristal nilam, kecerahan sehingga 2,000 nits dan ketahanan air sehingga 10 ATM.

    Kapasiti bateri membolehkan penggunaan sehingga 21 hari dalam satu cas. Jam pintar ini menyokong lebih 170 mod sukan termasuk larian dan selaman sehingga kedalaman 45 meter serta menampilkan mod khas untuk perlumbaan HYROX yang merupakan satu bentuk latihan intensiti tinggi yang memerlukan struktur masa, peralihan dan pemulihan yang sistematik.

    Ciri pemantauan kesihatan turut disertakan termasuk kadar degupan jantung, HRV, paras oksigen dalam darah (SpO₂), kualiti tidur dan tahap pemulihan harian. Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun peta laluan secara percuma untuk aktiviti luar. Amazfit turut memperkenalkan atlet kebangsaan acara 800 meter, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, sebagai duta rasmi produk ini.

    Balance 2 boleh ditempah awal bermula 29 Jun 2025 dan akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Julai 2025 dengan harga RM1,299. Ia boleh didapati melalui peruncit sah serta kedai rasmi Amazfit di Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...