More

    Amazfit Balance dilancar di Malaysia: Pantau kesihatan, BioTracker 5.0 dan lebih 150 aplikasi berharga RM1,099

    Zepp Health Corporation telah melancarkan jam pintar Amazfit Balance menawarkan penampilan anggun dan membantu pengguna melakukan aktiviti mereka termasuk kerja dan senaman.

    Ciri baharu dikenali sebagai “Kesediaan” memberikan nasihat dan panduan berdasarkan petunjuk kesihatan seperti tidur, senaman, tekanan dan pemantauan tanda vital 24 jam untuk mengukur pemulihan fizikal dan mental serta membantu pengguna mengoptimumkan kehidupan harian mereka.

    Ciri unik lain termasuk aplikasi “Bernafas”, “Yoga” dan “Meditasi” yang membantu mengurangkan tekanan. Terdapat lebih daripada 150 aplikasi dan game mini, bersama dengan ExerSense yang secara automatik mengenali lapan sukan dan lebih dari 150 mod sukan. Terdapat juga peningkatan kepada mod sukan seperti mod Triatlon dan mod 3-sukan-dalam-1 yang mampu menjejaki berenang, berbasikal dan berlari.

    Dalam pada itu, Zepp Coach yang dikuasakan AI membantu pengguna memantau prestasi pengguna semasa bersenam. Amazfit Balance dilengkapi dengan peningkatan seperti BioTracker 5.0, mikrofon dan pembesar suara.

    Amazfit Balance akan disediakan mulai 22 September 2023 di Shopee dan Lazada dengan harga RM1,099. Setiap pembelian Amazfit Balance akan disertakan dengan hadiah percuma seperti beg kering Hypergear, tuala Amazfit Sport dan pas percubaan 7 hari Celebrity Fitness, selagi stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured