More

    Amazfit Bip 5 dilancar di Malaysia: Zepp OS, panggilan Bluetooth dan pantau kesihatan pada RM319

    Zepp Health Corporation mengumumkan kemunculan Amazfit Bip 5 dengan sistem Zepp OS 2.0 yang menawarkan skrin paling besar dalam pasaran global. Skrinnya memaparkan lebih 70 muka jam bergaya serta semua maklumat daripada data peribadi kepada mesej langsung dan banyak lagi.

    Mikrofon dan pembesar suara membolehkan panggilan telefon Bluetooth terus dari jam tangan, mampu memantau kesihatan, beri peringatan dan menjejaki kitaran haid kepada golongan wanita.

    Amazfit Bip 5 memaparkan skrin sentuh resolusi tinggi ultra-besar 1.91 inci, menyokong lebih 70 aplikasi termasuk 30+ game mini. Ciri pintar lain seperti Amazon Alexa, kemas kini Pagi dan skrin kaca sedikit melengkung untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Ia juga menyokong pilihan Portrait Watch Face, membolehkan pengguna bertukar kepada sehingga tiga gambar yang dimuat naik.

    Ia mempunyai sensor BioTracker PPG untuk memantau kesihatan termasuk kadar oksigen darah 24 jam, kadar denyutan jantung dan tahap tekanan. Selain itu, ia menampilkan lebih 120 mod senaman di mana pengguna boleh mengesan tujuh sukan secara automatik atau mengakses bacaan data sukan masa nyata melalui pembesar suaranya.

    Gabungan algoritma PeakBeats Amazfit pula menawarkan analisis terperinci data senaman seperti VOâ‚‚ Max. Pengguna kemudiannya boleh berkongsi maklumat ini dengan aplikasi kecergasan seperti adidas Running dan Strava melalui aplikasi Zepp.

    Mulai 5-8 Ogos ini, Amazfit Bip 5 boleh didapati secara eksklusif di Shopee dan Lazada pada harga pelancaran istimewa RM319 (RRP: RM329) untuk 200 pembelian pertama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured