More

    Amazfit GTS 4 Mini dilancar di Malaysia: 120+ mod sukan, GPS dan sokong Amazon Alexa berharga RM399

    Amazfit telah mengumumkan keluaran jam tangan pintar mampu milik terbaharunya untuk pasaran Malaysia iaitu Amazfit GTS 4 Mini. Menampilkan bingkai yang ringan dan padat, jam tangan pintar itu masih mengekalkan semua ciri yang biasanya ditemui pada jam tangan pintar keluaran Amazfit.

    Dibina dalam bingkai aloi aluminium seberat 31.2 gram dan berukuran 41.8mm x 36.66mm x 9.1mm, ia memaparkan paparan AMOLED 1.65 inci dengan resolusi 336 x 384 piksel. Terdapat juga bateri 270mAh yang didakwa oleh Amazfit mampu bertahan sehingga 15 hari dengan sekali cas.

    Ciri lain jam tangan pintar ini termasuk sistem penentududukan lima satelit untuk aktiviti luar, kalis air 5ATM untuk menjejak sukan air dan 120+ mod sukan. GTS 4 Mini juga boleh mengesan 7 aktiviti sukan dan algoritma status senaman PeakBeats yang memantau pemulihan selepas senaman.

    Selain itu, ia boleh menilai dan membandingkan data pusingan prestasi larian melalui Virtual Pacer. Terdapat juga ciri pemantauan tekanan yang disertakan dalam peringatan kesihatan. Selain itu, jam tangan pintar itu juga mempunyai sokongan untuk pembantu suara Amazon Alexa melalui mikrofon terbina dalamnya.

    Seperti jam tangan pintar Amazfit yang lain, GTS 4 Mini berjalan pada ZeppOS dan semua data serta tetapan anda boleh dilihat melalui aplikasi Zepp. Ia didatangkan dengan tali silikon yang lembut dan selesa untuk kulit yang hadir dalam warna Mint Blue, Flamingo Pink, Midnight Black atau Moonlight White.

    Pengguna juga boleh memuat turun berpuluh-puluh muka jam termasuk animasi dengan paparan sentiasa hidup atau foto. GTS 4 Mini dijual pada harga RM399 di Malaysia. Sempena pelancarannya, Amazfit menawarkan GTS 4 Mini pada harga diskaun RM379 sehingga 22 Ogos 2022 melalui Kedai Rasmi Amazfit di Shopee.

    Anda juga layak mendapat t-shirt Amazfit edisi terhad apabila anda membelinya melalui Shopee semasa tempoh promosi sementara stok masih ada. Ketahui lebih lanjut mengenai GTS 4 Mini di laman web rasmi Malaysia syarikat di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured