More

    Amazfit Helio Ring diumum, miliki badan aloi titanium dan penderia Elektrodermal

    Semasa CES (Consumer Electronics Show) 2024 berlangsung, Amazfit telah mengumumkan cincin pintar pertamanya yang dipanggil Amazfit Helio Ring. Cincin Helio Amazfit didakwa mempunyai lebih banyak fungsi berbanding cincin pintar lain di pasaran. Ia menggunakan unibody aloi titanium yang boleh tahan lama, ringan dan selesa dipakai dengan berat hanya 3.8 gram.

    Cincin ini kalis air 10 ATM bermakna ia boleh bertahan sehingga 100 meter air serta hadir dalam pilihan saiz 10 dan 12. Ia juga dilengkapi dengan penderia penjejakan kesihatan biasa seperti pemantau kadar jantung, SpO2, tekanan dan penjejak tidur. Skor Kesediaan akan memantau kualiti tidur dan usaha fizikal untuk memberitahu jika pengguna perlu melakukan latihan yang berat.

    Amazfit Helio Ring menggunakan algoritma PeakBeat untuk memberikan bacaan seperti VO2 Max, beban latihan dan kesan latihan. Selain itu, terdapat sokongan untuk pelbagai mod senaman dan sukan serta dilengkapi dengan sensor aktiviti elektrodermal terbina dalam yang mengukur tahap tekanan tinggi melalui peluh yang datang dari tangan.

    Amazfit Helio Ring boleh digunakan bersama dengan jam tangan pintar Amazfit sedia ada. Amazfit tidak mendedahkan harga Cincin Helio. Ia akan tersedia pada awal musim bunga tahun ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cincin pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Amazfit

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured