More

    Amazfit T-Rex 2 dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar tahan lasak dengan skrin AMOLED 1.39″ berharga RM799

    Amazfit Malaysia telah melancarkan jam tangan pintar terbaharu iaitu Amazfit T-Rex 2, seutas jam tangan yang tahan lasak untuk kegunaan aktiviti luar dan dilengkapi GPS.

    Bagi membuktikan ketahanannya, Amazfit T-Rex 2 telah melepasi 15 ujian ketahanan bertaraf tentera. Ia boleh berfungsi dalam suhu sebawah -30°C dan setinggi 70°C serta kedalaman air sehingga 10 ATM.

    Jam tangan ini juga kalis kelembapan 240h (humidity resistant) dan kalis semburan garam 96h (salt spray resistant). Baterinya pula boleh bertahan sehingga 24 hari dengan penggunaan biasa, 10 hari dengan penggunaan berat dan 25 jari jika mod penjimat bateri diaktifkan.

    Untuk skrin, ia mempunyai panel AMOLED berbentuk bulat berukuran 1.39 inci dengan resolusi 454×454. Fungsi kesihatannya terdiri daripada 150 mod sukan, serta pemantauan 24 jam untuk kadar degupan jantung, ketepuan oksigen dalam darah (SpO2), kualiti tidur dan tahap stres.

    Bagi meningkatkan kegunaannya di luar, ia dilengkapi dual band dan lima pengemudian satelit (satellite positioning) yang boleh mengenal pasti lokasi secara tepat dan mengurangkan gangguan navigasi daripada persekitaran. Dengan teknologi GPS ini, ia boleh mengimport laluan menggunakan aplikasi Zepp dan menyediakan panduan dalam masa nyata.

    Jam tangan ini ditawarkan dalam warna Astro Black & Gold, Ember Black, Wild Green dan Desert Khaki.

    Amazfit T-Rex 2 dijual di kedai rasmi Amazfit di Shopee pada harga RM799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...