fbpx
More

    Ambil “selfie” paling cun dengan Samsung Galaxy Z Flip4!

    Telefon pintar lipat kini bukanlah lagi satu jenis peranti yang janggal kerana ia sudah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ramai pengguna dan turut ditawarkan dalam pelbagai reka bentuk. Jika anda tidak berminat dengan reka bentuk besar yang ditampilkan oleh Samsung Galaxy Z Fold4 dan lebih berminat dengan saiz yang lebih comel, anda pasti berminat dengan Samsung Galaxy Z Flip4.

    Ia bukan sahaja menampilkan rekaan lipat clamshell yang sangat unik dengan warna yang menawan, malah menampilkan banyak fungsi fotografi yang memudahkan anda ambil gambar swafoto yang paling cantik. Ayuh kita lihat bagaimana Galaxy Z Flip4 boleh meningkatkan tahap fotografi anda:

    Ambil selfie dengan kamera utama untuk kualiti yang lebih cantik daripada telefon lain

    Kebanyakan telefon pintar konvensional mempunyai kamera swafoto yang kurang canggih berbanding kamera utama di belakang telefon. Ini membuatkan kualiti swafoto tidak akan jadi secantik gambar yang diambil menggunakan kamera utama.

    Dengan Galaxy Z Flip4, anda tidak perlu lagi mengalami masalah tersebut. Telefon ini mempunyai kamera utama 12MP dan kamera ultra-lebar 12MP, manakala di sebelah dua kamera ini terdapat sebuah skrin kecil Cover Screen yang boleh menunjukkan pratonton untuk gambar yang ingin diambil. Anda boleh gunakan skrin kecil ini untuk melihat swafoto sewaktu anda membuat gaya badan yang menarik.

    Anda boleh gunakan Cover Screen untuk mengambil swafoto dengan kamera utama

    Dengan bantuan Cover Screen ini, anda boleh ambil swafoto dengan kamera utama yang jauh lebih cantik jika dibandingkan dengan kamera swafoto pada kebanyakan telefon lain.

    Malah, jika anda ingin mengambil swafoto wefie bersama rakan-rakan, anda boleh aktifkan kamera ultra-lebar untuk dapatkan medan penglihatan yang lebih luas supaya semua rakan anda boleh masuk dalam gambar. Fungsi ini tidak boleh dibuat langsung oleh telefon pintar konvensional kerana kamera swafotonya mempunyai medan penglihatan yang sempit.

    Samsung Galaxy Z Flip4 memudahkan anda untuk ambil wefie bersama rakan-rakan

    Tak perlu buka skrin untuk ambil swafoto

    Apabila Galaxy Z Flip4 dilipat, ia mempunyai reka bentuk yang kompak dan lebih mudah dimasukkan ke dalam pocket atau beg. Pastinya, anda akan biarkan telefon ini dilipat sewaktu tidak menggunakannya.

    Sungguh pun demikian, anda masih boleh mengambil gambar swafoto walaupun skrin telefon tidak dibuka penuh. Sewaktu ia masih dilipat, tekan butang kuasa di bahagian sisi sebanyak dua kali, kemudian kamera akan diaktfikan dan pratonton boleh dilihat pada skrin kecil di sebelah lensa. Anda boleh leretkan jari ke atas atau ke bawah pada skrin kecil ini untuk tukar di antara kamera utama dengan kamera ultra-lebar.

    Apabila anda sudah sedia untuk mengambil gambar, hanya tekan butang kawalan audio (volume) dan swafoto anda sudah diambil. Mod ini bukan sahaja boleh digunakan untuk gambar, malah ia turut boleh merakam video dan melakukan zum digital.

    Fungsi ini sangat berguna jika anda ingin mengambil swafoto secara ringkas dan spontan di mana-mana saja anda berada.

    Selamat tinggal tripod!

    Apabila anda ingin mengambil gambar dari jauh, anda memerlukan tripod untuk mendirikan telefon pintar. Perkara ini sangat leceh kerana tripod bukanlah sebuah aksesori yang kerap atau mudah dibawa.

    Dengan skrin lipat pada Galaxy Z Flip4, anda boleh lipat separuh sahaja skrin ini dan anda sudah boleh dirikan kamera ini untuk mengambil gambar anda dari jauh. Fungsi ini dipanggil FlexCam di mana anda boleh melipat skrin Galaxy Z Flip4 pada mana-mana sudut kemudian ia akan kekal dengan lipatan tersebut.

    Lipat separuh sahaja telefon ini, kemudian anda sudah boleh mengambil gambar tanpa memerlukan tripod

    Engsel Galaxy Z Flip4 adalah sangat fleksibel, namun ia masih boleh mengekalkan lipatan telefon anda pada sebarang sudut dengan kukuh. Engsel ini dibuat daripada besi Armor Aluminium yang merupakan rangka aluminium terkuat daripada Samsung dan mempunyai rating kalis air dan debu, di mana ia boleh ditenggelamkan sehingga kedalaman air 1.5 meter selama 30 minit.

    Berbalik kepada FlexCam, ia boleh digunakan untuk kamera utama dan kamera swafoto yang terdapat pada skrin Galaxy Z Flip4. Selain digunakan untuk mengambil swafoto secara mudah, ini juga bermaksud anda boleh gunakan FlexCam sewaktu menyertai panggilan video.

    FlexCam memudahkan anda untuk menyertai panggilan video

    Kini anda tidak perlu lagi menjawab panggilan video sambil pegang telefon, sebaliknya anda hanya perlu lipat sedikit skrin Galaxy Z Flip4, letakkannya di atas meja dan anda boleh berborak dengan selesa.

    Selain itu, FlexCam juga membenarkan anda merekod video seperti memegang kamera camcorder. Anda hanya perlu lipat sedikit skrin Galaxy Z Flip4, sengetkan telefon sebanyak 90 darjah dan anda boleh pegang telefon ini seperti sebuah camcorder. Ini pastinya amat menarik sewaktu merekod vlog atau filem pendek kerana ia lebih mudah dipegang.

    Pegang Flip4 anda seperti camcorder untuk dapatkan sudut menarik

    Ambil gambar pada waktu malam dengan kualiti jelas

    Kamera Galaxy Z Flip4 boleh mengambil gambar dalam suasana malap dengan sangat baik dan kurang noise. Dengan teknologi Nightography yang banyak terdapat pada telefon Samsung, anda akan mengambil gambar dan swafoto yang sangat jelas walaupun anda berada dalam persekitaran kurang cahaya.

    Telefon ini boleh mengambil gambar jelas dalam situasi malap kerana ia dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) untuk memastikan lensanya kekal stabil walaupun terdapat getaran kecil daripada tangan anda. Sewaktu merakam video pula, penstabilan imej video digital (VDIS) akan diaktifkan di mana ia menganalisis banyak data gerakan telefon sewaktu rakaman video dan akan menstabilkan video berdasarkan data tersebut.

    Galaxy Z Flip4 memudahkan anda untuk ambil gambar dan video cantik pada waktu malam

    Selepas gambar dan video diambil, Galaxy Z Flip4 mempunyai pemprosesan Super Night Solution untuk mengurangkan noise yang terdapat pada gambar. Dengan ini, anda boleh yakin bahawa semua gambar yang diambil dengan kamera Galaxy Z Flip4 akan sentiasa nampak cantik, walaupun pada waktu malam.

    Jadi dengan pelbagai fungsi berfokuskan fotografi pada Galaxy Z Flip4, ia adalah peranti mantap untuk meningkatkan kualiti gambar anda yang boleh dikongsi kepada golongan tersayang atau di media sosial. Telefon ini bukan sahaja mempunyai kamera menarik, malah ditawarkan dengan pilihan warna yang bergaya iaitu ungu Bora Purple, hitam Graphite, emas Pink Gold dan biru.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Studio. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured