More

    AMD dan OpenAI umum kerjasama, bakal hasilkan GPU 6 gigawatt untuk AI

    Advanced Micro Devices (AMD) dan OpenAI hari ini mengumumkan kerjasama strategik berskala besar untuk membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) generasi baharu menggunakan sehingga 6 gigawatt (GW) kuasa pengkomputeran berasaskan GPU AMD.

    Menurut sumber, pelaksanaan awal akan bermula dengan 1 GW GPU siri AMD Instinct MI450 pada separuh kedua tahun 2026, sebelum diperluaskan kepada generasi GPU akan datang. Perjanjian turut melibatkan kolaborasi teknikal jangka panjang antara kedua-dua pihak bagi menyelaras pembangunan perkakasan dan sistem rack-scale berskala besar untuk model AI masa hadapan.

    OpenAI akan menjadi salah satu pelanggan utama pusat data AMD dan memperkukuh kedudukan AMD dalam pasaran GPU AI yang kini didominasi oleh NVIDIA. Mengikut perjanjian, AMD akan memberikan OpenAI waran pembelian sehingga 160 juta saham biasa AMD yang hanya akan menjadi milik penuh apabila syarat prestasi dan pencapaian tertentu dipenuhi.

    Menurut laporan tambahan, waran disusun berdasarkan sasaran penghantaran, kejayaan teknikal dan nilai pasaran saham untuk menunjukkan tahap kepercayaan AMD terhadap skala penggunaan AI masa depan OpenAI. Langkah ini turut dilihat sebagai strategi OpenAI untuk mengurangkan kebergantungan terhadap satu pembekal cip tunggal.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AMD

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured