More

    AMD lancarkan pemproses siri Ryzen PRO 7040 sesuai untuk pengunaan perniagaan

    Hari ini, AMD (NASDAQ: AMD) mengumumkan pemproses siri Ryzen PRO 7040 baharunya membawakan pemproses x86 dengan seni bina “Zen 4”, grafik bersepadu AMD RDNA 3, teknologi AMD PRO dan Ryzen AI pada model terpilih. AMD turut mengumumkan pemproses Ryzen PRO 7000 Series untuk desktop membawa kuasa grafik bersepadu “Zen 4” dan AMD RDNA™ 2 kepada pengguna desktop profesional.

    Dibina pada teknologi 4nm, ia menampilkan sehingga lapan teras “Zen 4” dan grafik bersepadu RDNA 3, pemproses AMD Ryzen PRO 7040 Series dengan penawaran purata peningkatan 17% pemproses Ryzen 7 PRO 7840U dalam prestasi berbanding persaingan x86. Pemproses AMD Ryzen 7 PRO 7840U menawarkan prestasi CPU sehingga 18% lebih tinggi dan hayat bateri sehingga 15% lebih baik berbanding pemproses Apple M2 Pro.

    Ia turut membawa enjin AI yang menawarkan kerjasama generasi seterusnya dalam penciptaan, produktiviti, UI ramalan dan ciri keselamatan dikuasakan AI. Ia juga memberikan prestasi per watt sehingga 29% lebih baik berbanding persaingan semasa. Selain itu, pemproses Ryzen PRO 7840U menawarkan hayat bateri sehingga 70% lebih lama daripada pesaing.

    Pemproses ini menampilkan sehingga 12 teras “Zen4” dengan frekuensi rangsangan sehingga 5.4 GHz, disokong oleh grafik berasaskan seni bina RDNA 2 termasuk peningkatan sehingga 48% pada pemproses Ryzen 5 PRO 7645 dalam produktiviti PCMark 10. Ia menawarkan sokongan untuk teknologi terkini, termasuk memori DDR5, sehingga storan PCIe® 5.0 dan WiFi 6E ultra-pantas.

    Pemproses baharu ini menyediakan ciri keselamatan berbilang lapisan gred perusahaan termasuk Pengawal Memori AMD, PC teras Terselamat dan teknologi keselamatan cip-ke-awan yang didayakan oleh Microsoft Pluton.

    Dengan itu, mulai bulan ini, pelanggan perusahaan akan dapat membeli sistem berasaskan pemproses Ryzen PRO daripada vendor PC terkemuka termasuk HP dan Lenovo. Ini kerana HP sedang mentakrifkan semula fleksibiliti hibrid di tempat kerja manakala Lenovo ingin terus melengkapkan perusahaannya dengan teknologi mudah alih tercanggih yang menyampaikan prestasi kepimpinan dan ciri revolusioner.

    Lawati laman web rasmi AMD untuk tahu lebih lanjut mengenai pemproses baharu ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...