More

    AMD lancarkan cip Ryzen PRO baharu, miliki seni bina Zen 4, RDNA 3 dan XDNA

    AMD telah mengumumkan barisan pemproses komersial siri Ryzen PRO baharu yang dibina pada gabungan seni bina Zen 4 untuk CPU, RDNA 3 untuk GPU dan XDNA untuk NPU. Barisan ini memenuhi keperluan kedua-dua komputer riba (Ryzen PRO 8040) dan desktop (Ryzen PRO 8000).

    Proses pembuatan 4nm dan penyepaduan teknologi AMD PRO menyumbang kepada peningkatan yang ketara dalam prestasi, penggunaan kuasa dan keupayaan AI. Selain itu, siri cipset ini menyokong standard WiFi 7 terkini dan Bluetooth 5.4. Siri Ryzen PRO 8040 untuk komputer riba direka untuk memenuhi keperluan dua pasaran yang berbeza.

    Siri HS memenuhi keperluan pencipta kandungan dan penggunaan berat yang menawarkan pemproses berkuasa seperti Ryzen 9 PRO 8945HS dengan 8 teras, 16 benang dan kadar kelajuan memproses 4.0-5.2GHz. Pemproses siri HS didatangkan dengan penarafan penggunaan kuasa yang lebih tinggi antara 35W hingga 54W.

    Jika mudah alih menjadi keutamaan, siri U menawarkan pilihan yang lebih cekap tenaga. Pemproses seperti Ryzen 7 PRO 8840U dan Ryzen 5 PRO 8640U mempunyai kiraan teras dan kadar kelajuan memproses yang serupa dengan siri HS tetapi mempunyai penarafan penggunaan kuasa yang lebih rendah iaitu 15W hingga 28W.

    Uniknya, Ryzen 5 PRO 8540U tidak mempunyai unit NPU. Siri Ryzen PRO 8000 pula memfokuskan pada desktop yang hadir dalam dua varian iaitu G dan GE. Kedua-dua siri G dan GE menawarkan pemproses Ryzen 7, 5 dan 3. Siri G menawarkan pemproses seperti Ryzen 7 PRO 8700G dengan 8 teras, 16 benang dan kelajuan jam 4.2-5.1GHz.

    Walau bagaimanapun, siri G hadir dengan penarafan penggunaan kuasa yang lebih tinggi iaitu 45W hingga 65W. Bagi mereka yang mencari keseimbangan antara prestasi dan kecekapan, siri GE menawarkan pilihan yang menarik.

    Seperti Ryzen 5 PRO 8600GE, ia dapat mengekalkan kiraan teras dan kadar kelajuan memproses yang sama seperti siri G tetapi dengan penarafan penggunaan kuasa yang lebih rendah sebanyak 35W. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AMD

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured