More

    AMD Radeon RX 6600 dilancar di Malaysia: Miliki memori 8GB GDDR6 dan grafik 1080p berharga RM2,139

    AMD baru-baru ini telah melancarkan kad grafik Radeon RX 6600 berasaskan RDNA2 syarikatnya. RX 6600 berharga RM2,139 dan bakal bersaing dengan Nvidia RTX 3060 yang mempunyai tanda harga yang lebih kurang sama.

    RX 6600 mempunyai GPU yang sama dengan 6600 XT tetapi model 6600 XT hadir dengan harga yang lebih mahal tetapi dengan 28 unit komputasi diaktifkan dan bukannya 32 pada model XT.

    Ia juga mencatatkan kelajuan lebih rendah pada 2491MHz untuk jam dorongan (boost clock) dan 2044MHz untuk ‘jam permainan’. Ini telah menghasilkan 8.93 TFLOP puncak prestasi ketepatan tunggal berbanding 10.6 TFLOP yang terdapat pada 6600 XT.

    Kedua-dua kad grafik menggunakan memori GDDR6 8GB, namun, 6600 sedikit lebih perlahan kerana penghantaran data dinilai pada 14Gbps berbanding 16Gbps pada 6600 XT dengan lebar jalur memori 224GB / s berbanding 256GB / s. Kedua-duanya mempunyai 32MB Infinity Cache berkelajuan tinggi yang sama.

    Seperti 6600 XT, 6600 juga menggunakan kelajuan pindahan data PCIe 4.0 x8 yang lebih perlahan berbanding PCIe 4.0 x16 yang digunakan pada kad Radeon kelas atasan. Ini boleh menyebabkan masalah pada beberapa aplikasi.

    RX 6600 menggunakan kuasa yang lebih rendah iaitu 132W berbanding 6600 XT yang menggunakan kuasa sebanyak 160W. Ia boleh didapati melalui rakan kongsi rasmi AMD termasuk ASRock, ASUS, Gigabyte, MSI, PowerColor, SAPPHIRE, XFX dan Yeston. Kad grafik ini boleh dibeli mulai hari ini di laman rasmi Gigabyte.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kad grafik AMD RX 6600 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured