More

    AMD umum cipset siri Ryzen dan Radeon 7000 baharu untuk desktop serta peranti mudah alih

    Hari ini di CES 2023, AMD mengumumkan pelbagai produk pengkomputeran baharu untuk platform desktop dan peranti mudah alih. Membawakan tahap prestasi baharu untuk gamers, pencipta kandungan, profesional dan pengguna biasa, AMD melancarkan cipset desktop siri Ryzen 7000X3D baharu dan cipset desktop siri Ryzen 7000 65W serta cipset untuk peranti mudah alih siri AMD Ryzen 7045HX baharu dan banyak lagi.

    Dalam mengembangkan cipset desktop siri Ryzen 7000, terdapat tiga varian Ryzen X3D baharu iaitu Ryzen 9 7950X3D, Ryzen 9 7900X3D dan Ryzen 7 7800X3D. Dengan prestasi sehingga 14% lebih pantas daripada generasi sebelumnya, cipset AMD Ryzen 7000 Series dilengkapi teknologi 3D V-Cache akan tersedia untuk Socket AM5 mulai Februari 2023 di AS.

    Selain itu, AMD memperkenalkan cipset siri Ryzen 9 7900, Ryzen 7 7700 dan Ryzen 5 7600 yang baharu. Dibina pada seni bina Zen 4 dan menampilkan TDP 65W, cipset Ryzen baharu dioptimumkan untuk kecekapan dan prestasi. Dengan overclocking satu klik dengan Precision Boost Overdrive, AMD berkata anda boleh mendapatkan peningkatan prestasi sehingga 39% dengan cipset Ryzen 9 7900 yang menggunakan penyejukan cecair.

    Cipset yang diumumkan hari ini dijangka boleh didapati mulai 10 Januari bermula daripada $229 (~RM1008). Terdapat banyak lagi pengumuman mengenai cipset dan di bawah ini adalah ringkasan untuk setiap produk baharu AMD:

    • Cipset siri AMD Ryzen 7045HX untuk peranti mudah alih: Dikuasakan sehingga 16 teras dan 32 thread, cipset Ryzen 7045HX dibina dengan teknologi proses 5nm Zen 4 termaju. Ia juga menyokong memori DDR5.
    • Cipset siri AMD Ryzen 7040 untuk peranti mudah Alih: Dengan sehingga lapan teras “Zen 4”, seni bina grafik AMD RDNA 3 bersepadu dan prestasi optimum untuk komputer riba ultra nipis, siri Ryzen 7040 menawarkan kuasa yang besar walaupun cipsetnya kecil.
    • Teknologi Ryzen AI: Sebagai sebahagian daripada cipset mudah alih siri Ryzen 7040 baharu, AMD turut memperkenalkan Teknologi AI Ryzen untuk perkakasan kecerdasan buatan AI pertama dalam cipset X86. Ia membawa seni bina AI adaptif AMD XDNA kepada pengkomputeran untuk menyampaikan lebih banyak prestasi masa nyata dan pengalaman AI.
    • Grafik AMD siri Radeon RX 7000 untuk komputer riba: Grafik AMD siri Radeon RX 7000 untuk komputer riba dibina di atas seni bina AMD RDNA 3. Ia direka bentuk untuk kecekapan tenaga dan prestasi gaming 1080p pada tetapan ultra dan aplikasi penciptaan pada komputer riba premium generasi akan datang.
    • AMD Advantage dan Teknologi Pintar AMD: Beberapa OEM terkemuka termasuk Alienware, ASUS, Emdoor dan IP3, mengumumkan rancangan untuk melancarkan komputer riba AMD Advantage Edition bermula pada separuh pertama 2023. Ia dikuasakan oleh kad grafik siri AMD Radeon RX 7000 dan siri AMD Ryzen 7000. Teknologi AMD SmartShift RSR baharu dijangka tersedia pada separuh pertama tahun 2023. Ia secara bijak mengendalikan proses pemaparan dan peningkatan antara APU dan GPU untuk memberikan prestasi yang terbaik.
    • Cipset desktop siri AMD Ryzen 7000 X3D: AMD membawa kuasa teknologi V-Cache 3D kepada barisan cipset desktop siri Ryzen 7000 dengan penambahan tiga cipset X3D baharu. Dilengkapi dengan cache sehingga 144MB dan menggunakan sehingga 16 teras serta 32 thread, AMD menawarkan teknologi V-Cache 3D pada cipset siri Ryzen 7000.
    • Cipset desktop siri AMD Ryzen 7000 65W: Dibina pada seni bina Zen 4 dan menampilkan TDP 65W, barisan baharu cipset siri Ryzen 7000 ini dioptimumkan untuk kecekapan dan prestasi.
    • AMD Instinct MI300: Sebagai APU pusat data bersepadu pertama di dunia, AMD Instinct MI300 direka untuk prestasi latihan AI yang cekap kuasa dan beban kerja HPC. MI300 memanfaatkan reka bentuk binaan 3D yang menggabungkan GPU AMD CDNA 3, CPU Zen 4 dan komponen HBM.
    • Pratonton pemecut (accelerator) AI Alveo V70: AMD memperkenalkan pratonton pemecut AI analitik video paling cekap tenaga di dunia iaitu AMD Alveo V70. Ia merupakan pemecut inferens AI berprestasi tinggi baharu yang cekap tenaga untuk pusat data dan penggunaan awan. Berdasarkan AMD XDNA dengan seni bina Enjin AI, Alveo V70 menyokong semua teknologi AI dan mengoptimumkan kecekapan serta menguruskan beban kerja yang mencabar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AMD 1|2

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...