More

    AMD umum platform Ryzen 6000, CPU Ryzen 5800X3D dan kad grafik Radeon 6500 XT

    Ucaptama AMD pada acara CES baru-baru ini diisi dengan lebih setengah dozen pengumuman dan pelancaran produk untuk tahun 2022. Kebanyakannya adalah untuk pasaran komputer riba dan beberapa pengumuman untuk segmen desktop.

    Pengumuman terbesar acara itu ialah pelancaran platform mudah alih Ryzen 6000. Pengumuman ini termasuk pelancaran sepuluh model APU baharu untuk pasaran mudah alih dengan pilihan CPU dan GPU yang dikemas kini.

    Daripada segi CPU, AMD beralih kepada seni bina Zen3+ yang merupakan versi terkini seni bina Zen3 digunakan pada siri 5000. Berdasarkan proses TSMC 6nm yang dikemas kini, CPU siri 6000 direka untuk kecekapan kuasa. AMD menjanjikan sekitar 40% pengurangan penggunaan kuasa. Daripada segi prestasi, CPU terbaharu sekitar 28% lebih pantas jika dibandingkan dengan 6800U dan 5800U.

    Siri Ryzen 6000 juga bertukar kepada grafik bersepadu RDNA2 yang membawa ciri seperti perkakasan pengesanan sinar pantas, cache L2 2x lebih besar, enjin pemproses GPU 50% lebih besar dan sokongan DirectX 12 Ultimate. AMD menjanjikan peningkatan yang ketara dalam prestasi berbanding Intel Core i7-1165G7 dan Nvidia GeForce MX450. Terdapat peningkatan sekitar 2x ganda berbanding grafik Vega dalam siri Ryzen 5000.

    Platform mudah alih Ryzen 6000 juga akan menampilkan sokongan untuk ciri moden seperti USB4, PCIe Gen4, DDR5/LPDDR5, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, HDMI 2.1, DisplayPort 2 dan penyahkodan AVI.

    AMD juga mengumumkan pelbagai pilihan kad grafik untuk komputer riba. Kini terdapat siri GPU Radeon 6600S baharu yang direka khusus untuk komputer riba gaming nipis dan ringan. Ini termasuk model RX 6800S, RX 6700S dan RX 6600S. AMD juga mengemas kini GPU siri Radeon 6000M dengan lima model baharu iaitu 6850M XT, 6600M XT, 6600M, 6500M dan 6300M.

    Beralih ke bahagian desktop, AMD mengumumkan kad grafik Radeon RX 6500 XT yang merupakan pilihan peringkat permulaan baharu. Ia pada asasnya ialah RX 6600 XT dengan separuh daripada spesifikasinya diubahsuai dan menjalankan 16 unit pemproses, 32 ROP, cache Infinity 16MB dan memori video 4GB. Ia mempunyai kadar kelajuan 2610MHz berdasarkan cipset 6nm baharu TSMC. RX 6500 XT berharga $199 (~RM 835) dan akan tersedia pada 19 Januari melalui rakan kongsi OEM. AMD juga mengumumkan RX 6400 dan hanya tersedia untuk OEM.

    Daripada segi CPU, AMD mengumumkan Ryzen 7 5800X3D yang pada asasnya ialah 5800X tetapi dengan teknologi AMD 3D V-Cache. Ia mempunyai kiraan teras dan benang yang sama serta kadar kelajuan yang sedikit lebih rendah tetapi dengan cache 100MB. AMD mendakwa ia lebih pantas daripada Ryzen 9 5900X dan Intel Core i9-12900K dalam gaming menjadikan 5800X3D sebagai CPU permainan terpantas di pasaran. 5800X3D akan dilancarkan pada musim bunga 2022.

    "
    "

    AMD juga memberikan sedikit gambaran mengenai siri CPU desktop Ryzen 7000 yang akan datang berdasarkan seni bina Zen4. CPU baharu ini menampilkan reka bentuk IHS yang unik dengan kapasitor SMD terdedah. Ianya juga berdasarkan platform AM5 baharu dan menggunakan reka bentuk soket LGA dengan pin berada pada papan induk.

    Berbeza dengan reka bentuk PGA yang digunakan oleh CPU AM4 yang mempunyai pin pada CPU. CPU baharu akan menyokong ciri seperti DDR5 dan PCIe 5.0. AMD tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai rangkaian Ryzen 7000 selain mengatakan ia akan dikeluarkan pada separuh kedua 2022.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...