More

    AMD umumkan cipset siri Ryzen Z1, bakal digunakan pada ASUS ROG Ally

    AMD hari ini mengumumkan cipset siri Ryzen Z1 yang dibangunkan untuk konsol gaming mudah alih yang akan datang. Ryzen Z1 dan Ryzen Z1 Extreme dihasilkan berdasarkan seni bina Ryzen Zen 4 4nm dan menampilkan GPU RDNA 3.

    AMD berkata bahawa Ryzen Z1 dan Z1 Extreme akan eksklusif buat sementara waktu untuk ASUS walaupun pengeluar perkakasan lain akan menggunakannya. AMD Ryzen Z1 membawakan CPU Zen 4 enam teras dengan dua belas threads manakala bahagian GPU memiliki empat teras RDNA 3 dengan cache 22MB.

    AMD mendakwa cipset Ryzen Z1 mampu menghasilkan prestasi grafik 2.8 teraflops. Ryzen Z1 Extreme menampilkan CPU Zen 4 lapan teras dengan enam belas threads dan dua belas teras GPU RDNA 3 dengan cache 24MB. Ryzen Z1 Extreme dinilai pada prestasi grafik sehingga 8.6 teraflops.

    Kedua-dua set cip baharu juga menyokong sambungan USB 4 serta memori LPDDR5 dan LPDDR5X. Cipset baharu itu juga akan membawa peningkatan AMD Radeon Super Resolution (RSR), Radeon Chill, Radeon Image Sharpening dan AMD Link. AMD turut berkongsi bahawa ASUS ROG Ally akan ditawarkan dengan kedua-dua cipset Z1 baharu ini.

    ASUS akan mengumumkan harga dan ketersediaan ROG Ally pada 11 Mei ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AMD

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured