More

    Amerika ingin tukar semua kenderaan kerajaan kepada kereta elektrik

    Kereta kegunaan pihak kerajaan adalah kenderaan yang melambangkan negara, biasanya menggunakan kenderaan buatan negara. Pihak berkuasa Malaysia juga menggunakan kereta buatan negara seperti Proton. Presiden baharu AS Joe Biden kini mengumumkan bahawa kenderaan kerajaan akan digantikan dengan kereta elektrik.

    Menurut Joe Biden, kenderaan elektrik yang bakal digunakan adalah kenderaan buatan Amerika yang diperbuat daripada pekerja warganegara mereka sendiri. Perkara ini dijangka menjadi berita baik untuk pembekal kereta elektrik AS seperti Tesla, Rivian dan Lordstown. Ia juga menjadi langkah dalam membuka peluang pekerjaan dalam industri ini dengan lebih besar.

    Kira-kira 650,000 kenderaan akan digantikan dengan kereta elektrik. Di masa hadapan, kerajaan AS akan menawarkan sistem insentif atau dana untuk pengguna menggantikan kereta mereka dengan kereta elektrik.

    Sumber: ABC News Live

    Apa pun, kesemua pelan yang diumumkan ini bakal dilaksanakan oleh kerajaan AS dan maklumat lanjutnya masih belum diketahui. Apakah pendapat anda? Adakah kereta elektrik masih lagi berada pada tahap awal di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured