More

    Amerika Syarikat secara rasmi menyekat akses penuh ke atas Malaysia untuk cip AI

    Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, baru-baru ini mengeluarkan arahan yang membahagikan negara-negara di seluruh dunia kepada tiga tahap dalam akses kepada teknologi cip canggih. Langkah ini bertujuan untuk mengawal penggunaan cip kecerdasan buatan (AI) dan teknologi berkaitan, sekali gus menghalang pihak tertentu daripada menyalahgunakannya.

    Arahan ini menetapkan tiga tahap akses:

    1. Tahap 1: Negara sekutu seperti Jepun, Taiwan, UK dan Australia diberikan akses tanpa had kepada teknologi cip.
    2. Tahap 2: Negara seperti Malaysia, Singapura, Israel dan UAE dikenakan had ke atas kuasa pengkomputeran yang boleh diakses.
    3. Tahap 3: Negara musuh seperti Rusia, China dan Iran dilarang sama sekali daripada mengakses cip teknologi AS.

    Walaupun Malaysia berada di Tahap 2, impian negara untuk menjadi hab pusat data serantau tidak terjejas. Gergasi teknologi seperti Microsoft, Google dan Amazon telah diberi kebenaran untuk membina pusat data AI tanpa had ke atas kuasa pengkomputeran di negara ini. Namun, syarikat AS hanya dibenarkan menempatkan 50% daripada kapasiti pengkomputeran mereka di luar negara.

    Untuk negara Tahap 2 seperti Malaysia, jumlah ini dihadkan kepada maksimum 7%. Sekatan ini juga bertujuan menutup ruang yang digunakan China untuk mengakses kuasa pengkomputeran awan di pusat data di Asia selepas sekatan pembelian cip AI dikenakan dua tahun lalu.

    Pengumuman ini mendapat reaksi bercampur-baur daripada syarikat teknologi. NVIDIA menyifatkan langkah tersebut sebagai “melampaui batas” kerana ia turut menyekat teknologi yang telah digunakan dalam komputer permainan dan perkakasan pengguna.

    Sementara itu, Oracle memberi amaran bahawa sekatan ini boleh mendorong pasaran beralih kepada cip AI dan GPU buatan China yang akhirnya merugikan syarikat-syarikat Amerika. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured