More

    Anak Sarawak tahun pertama IPTA/IPTS layak tuntut laptop percuma bernilai RM3,000

    Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah menawarkan bantuan baucar sehingga RM3,000 kepada pelajar tahun pertama Anak Sarawak di IPTA dan IPTS seluruh negara. Program Bantuan Laptop Percuma ini bertujuan membekalkan peranti pembelajaran moden kepada pelajar sepenuh masa yang baru memulakan pengajian Diploma atau Ijazah.

    Komputer riba dan aksesori lengkap

    Pelajar boleh memilih daripada 24 pakej bundle eksklusif yang ditawarkan dengan jenama terkenal seperti Acer, Apple, Asus, HP, Lenovo dan MSI. Setiap bundle dilengkapi dengan aksesori penting seperti beg galas, tetikus, headset, antivirus, jaminan lanjutan dan peranti terpilih telah diprapasang Microsoft Office. Semua komputer riba direka untuk keperluan semasa, bersifat ringan, berprestasi tinggi dan sedia untuk sokongan AI.

    Naik taraf sebelum Windows 10 tamat

    Sebagai galakan tambahan, program ini juga dilancarkan pada waktu yang strategik memandangkan sokongan sistem operasi Windows 10 bakal ditamatkan pada 14 Oktober 2025. Justeru, pelajar yang masih menggunakan peranti lama berisiko mengalami isu keselamatan, sokongan teknikal terhad serta ketidakserasian aplikasi baharu.

    Dengan subsidi ini, mereka boleh menaik taraf ke peranti moden yang menggunakan Windows 11 yang hadir dengan ciri keselamatan terkini seperti Smart App Control, produktiviti berasaskan AI melalui Microsoft Copilot dan alat kreatif seperti Generative Erase.

    Cara tuntut subsidi

    Penebusan dibuat melalui aplikasi S Pay Global (Sarawak Pay). Pelajar perlu membuat semakan kelayakan dan permohonan di portal rasmi Yayasan Sarawak di https://myys.yayasansarawak.org.my/index.php. Setelah diluluskan, dana akan disalurkan ke aplikasi tersebut untuk digunakan di kedai terpilih.

    "
    "

    Lokasi penebusan

    Baucar boleh ditebus di GLOO Hyperstore di Queensbay Mall, Penang dan iTworld Retail Store serta kedai konsep SNS Network seperti Acer, AMD, ASUS, HP, Intel, Lenovo dan MSI. Penebusan juga tersedia secara dalam talian di laman web gloo.com.my, itworld.com.my dan https://www.nbplaza.com.my/content/20-my-yayasan.

    Lokasi cawangan SNS Network

    GLOO mempunyai rangkaian kedai fizikal yang meluas di seluruh Malaysia dengan cawangan utama di GLOO Hyperstore di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Ia merupakan cawangan terbesar di utara Malaysia. Untuk cawangan iTworld pula, ia terletak di beberapa negeri termasuk Perak yang mempunyai cawangan di Ipoh Parade, AEON Station 18, AEON Klebang Mall, AEON Seri Manjung, AEON Kinta City dan AEON Taiping. 

    Di Selangor dan Kuala Lumpur, iTworld beroperasi di Starling Mall, AEON Anggun Rawang, Cyberjaya, IOI Mall Damansara, Mid Valley Megamall, Pavilion Bukit Jalil dan Digital Mall Petaling Jaya. Selain itu, terdapat juga cawangan di Sunshine Mall, Pulau Pinang dan KB Mall, Kelantan. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui WhatsApp Careline di https://bit.ly/44J5cAt atau emel kepada [email protected].

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh: SNS Network]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...