More

    Anda akan terima hadiah bernilai RM2,190 jika anda beli HONOR Magic8 Pro

    Selepas pelancaran telefon pintar flagship HONOR Magic8 Pro untuk pasaran Malaysia pada 27 November lalu, HONOR Malaysia mengatakan stok pra-tempahan untuk telefon ini telah pun habis dijual.

    Sungguh pun begitu, jika anda terlepas promosi pra-tempahan untuk telefon ini, anda tidak perlu risau kerana ia akan mula dijual secara rasmi pada hari esok, 5 Disember 2025.

    Jika anda membelinya di kedai-kedai HONOR Experience Store atau rakan-rakan niaga, anda akan menerima pakej hadiah percuma bernilai RM2,190 yang terdiri daripada HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun serta langganan Google AI Pro Higher Access selama tiga bulan bernilai RM294. Anda juga akan menerima rebat segera RM300.

    Walaupun promosi pra-tempahan telah tamat, anda masih boleh dapatkan hadiah percuma apabila anda beli Magic8 Pro pada tarikh jualannya

    Selain jualan rasmi untuk Magic8 Pro, HONOR Malaysia turut membuka HONOR Experience Store terbaru di IOI City Mall, Putrajaya pada 5 Disember 2025. 500 pelanggan terawal yang melawatinya akan menerima beg tote eksklusif, istimewa untuk ahli IOI Club.

    Pelanggan yang berbelanja RM1,000 atau lebih dalam satu resit di HONOR Experience Store IOI City Mall dari 5 hingga 14 Disember 2025 layak menyertai cabutan bertuah khas. Antara hadiah yang anda berpeluang untuk menangi dalam cabutan bertuah ini termasuklah HONOR MagicPad 3, HONOR Pad 10 WiFi, HONOR Watch 2i, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, bagasi HONOR dan banyak lagi.

    Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro dan harganya, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured