More

    Anda bakal boleh pindahkan mesej WhatsApp di antara peranti Android dengan iOS

    Pembina aplikasi permesejan WhatsApp dilihat sedang membangunkan fungsi baru yang membenarkan pengguna untuk memindahkan seluruh mesej mereka di antara peranti Android dengan iOS. Menurut sumber, fungsi yang digelar Chat History Migration ini bakal memudahkan pemindahan mesej di antara kedua-dua sistem ini, sesuatu yang sukar dilakukan dengan fungsi sedia ada.

    Sebelum ini, pemindahan mesej di antara Android dengan iOS hanya boleh dilakukan dengan aplikasi pihak ketiga atau versi WhatsApp yang diubahsuai. Fungsi ini pastinya akan dihargai oleh mereka yang menggunakan tablet Apple dan telefon Android atau sebaliknya, memandangkan ramai orang kini memiliki lebih daripada satu jenis peranti.

    Walau bagaimanapun, tiada tarikh diberikan untuk pengenalan fungsi Chat History Migration dalam WhatsApp. Ini adalah fungsi terbaru daripada WhatsApp yang melibatkan sokongan di antara beberapa peranti dan memudahkan pengguna untuk menghubungkan akaun WhatsApp mereka kepada lebih daripada satu peranti.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WA Beta Info

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured