More

    Anda bakal dapat menggunakan ‘password’ untuk melindungi salinan perbualan WhatsApp anda

    Jika anda masih tidak tahu, sebarang perbualan di aplikasi WhatsApp hanya boleh dibaca oleh pengirim dan penerima mesej sahaja. Namun, pernahkah anda terfikir, jika anda membuat salinan perbualan (chat backup) ke Google Drive, adakah ianya selamat?

    Terkini, pengguna program WhatsApp Beta menyatakan tentang fungsi akan datang di program tersebut. Ini bermakna ia akan diuji terlebih dahulu daripada pelbagai aspek. Fungsi ini adalah ‘Password Protect Backup’. Semestinya, fungsi ini bertujuan untuk melindungi data perbualan anda dan sekaligus menaik taraf fungsi keselamatannya.

    Fungsi ini membenarkan pengguna untuk melindungi salinan perbualannya pada Google Drive dengan meletakkan kata laluan rahsia. Bukan sahaja orang asing, malah Google atau WhatsApp sendiri tidak boleh melihat kandungan salinan perbualan itu.

    Adakah anda berpuas hati dengan tahap keselamatan aplikasi WhatsApp jika fungsi ini hadir tidak lama lagi? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured