More

    Anda berpeluang menang Mi 10T Pro percuma jika sertai pertandingan foto oleh Xiaomi

    Jika anda adalah pengguna telefon pintar Xiaomi, anda mungkin berpeluang memenangi Xiaomi Mi 10T Pro dengan menyertai pertandingan ini. Xiaomi Malaysia telah menganjurkan pertandingan fotografi Good Things During Bad Time bermula 15 Disember hingga 31 Disember 2020.

    Menurut Xiaomi, tema pertandingan fotografi ini adalah berkisar kepada perkara baik yang terjadi walaupun dalam keadaan yang tidak baik. Lebih menarik, selain daripada hadiah percuma Mi 10T Pro, karya foto anda juga berpeluang untuk disiarkan di laman web Balai Seni Negara.

    Berikut merupakan cara untuk menyertai pertandingan ini:

    1. Ambil gambar terbaik bertemakan tajuk Good Things During Bad Time. (Jika anda menggunakan telefon Xiaomi, aktifkan tera air (watermark) sebelum mengambil gambar)
    2. Siarkan gambar di Instagram anda dengan tanda pagar yang disertakan dan tetapkan profil anda kepada awam (public) [Tanda pagar; #GoodThingsDuringBadTimes #Xiaomi #Mi10TSeries #BalaiSeniNegara #PowerYourCreativity]
    3. LIKE dan FOLLOW akaun rasmi Instagram Xiaomi Malaysia https://www.instagram.com/xiaomi.malaysia

    Xiaomi menyatakan bahawa tiada had untuk anda memuat naik gambar dalam menyertai pertandingan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi pautan ini.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi Malaysia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured