More

    Anda boleh dapatkan “cashback” apabila beli tiket Liga Bola Sepak Malaysia dengan Touch ‘n Go eWallet

    Touch ‘n Go eWallet telah dilantik sebagai e-dompet rasmi untuk Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) 2023, di mana mereka akan menaja liga musim tahun ini untuk Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala MFL, MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia.

    Sempena kolaborasi ini, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh mendapatkan pulangan tunai sebanyak RM5 apabila mereka membeli tiket di laman web Ticket Hotline dan membayarnya menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Promosi ini hanya layak untuk pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM50 dan akan berlangsung sehingga 31 Mac 2023.

    Pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh membeli tiket dan barangan eksklusif MFL secara terus melalui aplikasi tersebut. Selain itu, para penyokong boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berkaitan bola sepak yang akan dihebahkan dalam media sosial.

    Layari laman web Touch ‘n Go untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured