More

    Anda boleh dapatkan Galaxy Watch 7 apabila anda pra-tempah Samsung AI TV

    Bermula hari ini (28 April 2025) sehingga 12 Mei 2025, anda boleh daftarkan diri untuk pelancaran Samsung AI TV 2025 baharu dan anda berpeluang membawa pulang jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch7 (bernilai RM1,199). Dengan melengkapkan borang pendaftaran dalam talian sepanjang tempoh ini, anda akan menerima kod baucar yang unik dalam emel.

    Kod dalam baucar itu boleh diguna untuk mendapatkan Samsung Galaxy Watch7 (Bluetooth, 40mm) apabila anda pra-tempah televisyen Samsung AI TV 2025 terpilih pada 13 Mei hingga 1 Jun 2025. Satu sebab mengapa Samsung menawarkan jam ini adalah kerana ia boleh digunakan untuk mengawal televisyen tersebut, melalui teknologi gerakan tangan Universal Gesture tanpa menggunakan sebarang alat kawalan jauh.

    Sepanjang tempoh kempen ini juga, pelanggan boleh menempah model Samsung AI TV 2025 yang diingini dengan membeli e-baucar Samsung Reservation+ (SR+) pada harga RM100. Sebuah baucar SR+ bernilai sehingga RM800 boleh diguna untuk membeli produk-produk promosi sewaktu tempoh pra-tempahan daripada 13 Mei hingga 1 Jun 2025. Ia perlu ditebus dalam platform yang sama (Samsung Online Store) sewaktu ia dibeli.

    Selain itu, baucar SR+ yang tidak diguna akan mengekalkan nilai RM100 dan masih boleh diguna antara 2 Jun hingga 30 Jun 2025 untuk pembelian mana-mana televisyen dan soundbar, eksklusif di Samsung Online Store.

    Tempoh tebusan akan dibuka sehingga 15 Julai 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran dan penebusan hadiah eksklusif ini, anda boleh lawati pautan di bawah:

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured