More

    Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A02 secara percuma dengan Digi!

    Pada bulan Ogos 2020, kerajaan Malaysia telah melancarkan pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang bermatlamat untuk meluaskan rangkaian 4G ke seluruh negara dan mempersiapkan infrastruktur kebangsaan dengan rangkaian 5G. Ini juga bermaksud rangkaian 3G akan ditamatkan pada akhir tahun ini bagi memberi laluan kepada 4G dan 5G.

    Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia masih menggunakan telefon 3G kerana mereka tidak mampu untuk menaik taraf kepada telefon 4G berikutan harganya yang mahal. Bagi menyelesaikan masalah ini, kerajaan juga telah melancarkan Program Jaringan Prihatin pada bulan Mei 2021 bagi membantu golongan B40 untuk memiliki gajet canggih yang menyokong rangkaian 4G namun dijual pada harga sangat mampu milik.

    Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbaharu sehingga 14 Jun, situasi terkini yang memerlukan kita untuk bekerja atau belajar dari rumah pastinya akan berlangsung dalam tempoh yang agak lama lagi, jadi sebuah peranti elektronik yang boleh melakukan segala tugasan anda adalah sangat penting.

    Mujur, telefon pintar yang canggih kini boleh dibeli dengan harga yang sangat murah. Samsung Malaysia telah bekerjasama dengan Digi untuk menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy A02 secara percuma kepada pelanggan prabayar Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle untuk harga RM35 sebulan. 

    Dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100, anda boleh dapatkan data internet sebanyak 30GB sebulan dan buat panggilan percuma tanpa had. Jika data 30GB itu masih tidak cukup, usah risau kerana anda masih boleh mendapatkan data 2GB percuma yang boleh digunakan untuk sejam setiap hari selama 12 bulan. Anda juga tidak akan terikat dengan sebarang kontrak melalui pelan ini.

    Samsung Galaxy A02

    Samsung Galaxy A02 dilengkapi skrin sentuh HD berukuran 6.5 inci, RAM 3GB, storan dalaman 32GB, bateri 5,000mAh, kamera 13MP+2MP, kamera swafoto 5MP dan cipset MediaTek MT6739W. Spesifikasi ini adalah cukup untuk membantu keluarga B40 melakukan sebarang tugasan kerja atau membantu para pelajar untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

    Jika anda menginginkan telefon yang lebih canggih, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A02s dengan harga yang sangat murah iaitu RM95 sahaja dengan pelan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle. Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga pasarannya sebanyak RM529.

    Galaxy A02s dilengkapi cipset Snapdragon 450, RAM 4GB, storan dalaman 64GB, pengecasan pantas 15W, serta kamera utama 13MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP. Spesifikasi ini bukan sahaja akan memudahkan anda bekerja dan belajar, malah membantu anda untuk menjalankan perniagaan dalam talian kerana telefon ini boleh mengambil gambar yang cantik, terutamanya dengan kehadiran sensor kedalaman untuk menghasilkan efek latar belakang yang kabur (bokeh)

    Jadi anda bolehlah ambil gambar menarik untuk produk yang ingin dijual dalam internet. Kalau mahu berniaga, mestilah perlu iklankan produk dengan mantap!

    Samsung Galaxy A02s

    Berikut adalah perbandingan spesifikasi di antara Galaxy A02 dengan Galaxy A02s:

    Galaxy A02Galaxy A02s
    Skrin6.5 inci6.5 inci
    Kamera3 kamera (2 belakang, 1 depan)4 kamera (3 belakang, 1 depan)
    RAM3GB4GB
    Storan32GB (storan luaran sehingga 1TB)64GB (storan luaran sehingga 1TB)
    Bateri5,000mAh5,000mAh dengan pengecasan pantas 15W
    Cipset MediaTek MT6739WSnapdragon 450
    HargaPercuma dengan langganan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle (bayaran pendahuluan RM100)RM95 dengan langganan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle (bayaran pendahuluan RM100)

    Pastinya tawaran ini adalah sangat menarik buat mereka yang terikat dengan masalah kewangan pada waktu PKP ini. Walaupun kita masih berada dalam situasi yang sukar, namun inisiatif oleh Samsung Malaysia dan Digi ini akan memudahkan anda untuk membeli telefon pintar dengan harga mampu milik bagi memudahkan lebih ramai orang memiliki gajet elektronik.

    Layari laman web Digi Prihatin untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan berdaftar dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...