More

    Anda boleh dapatkan set urut OGAWA dengan pembelian telefon vivo terpilih

    vivo Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas yang dibuat dengan kerjasama jenama kelengkapan urut OGAWA. Dengan setiap pembelian vivo V30, vivo V30 Pro dan mana-mana siri telefon flagship vivo X100, anda boleh dapatkan OGAWA Tinkle-X Music Vibration Massage Pillow dan Sleep Eye Mask secara percuma.

    Promosi ini akan berlangsung sehingga 3 Jun 2024. vivo V30 dan vivo V30 Pro merupakan telefon kelas pertengahan yang berbaloi untuk harganya dan mempunyai lampu Aura Light Portrait khas untuk gambar mod potret, manakala siri vivo X100 pula mempunyai teknologi fotografi yang canggih dan setaraf dengan telefon flagship lain, terutamanya dengan teknologi ZEISS dalam kameranya.

    Baca artikel pelancaran siri vivo V30 atau vivo X100 untuk maklumat lanjut mengenai dua peranti ini. Selain promosi di atas, vivo Malaysia juga akan menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada bulan ini, jadi anda boleh jangkakan promosi yang lebih banyak daripada syarikat tersebut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured