More

    Anda boleh meminjam wang daripada Axiata, BigPay dan Grab secara dalam talian kelak

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Kredit Komuniti Berlesen iaitu perkhidmatan pinjaman wang dalam talian yang akan disediakan oleh syarikat-syarikat internet popular di Malaysia. Syarikat tersebut termasuklah BigPay, Axiata, grab, GHL Payments, Presto Credit, JCL Credit, Fortune Tree Capital dan Hoop Fintech.

    Pinjaman ini ditujukan kepada golongan B40 bagi meringankan beban mereka pada waktu pandemik COVID-19. Pemohon boleh mendapatkan pinjaman wang sepantas beberapa minit sahaja.

    Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin telah pun melancarkan garis panduan perkhidmatan ini bagi mengurangkan jurang teknologi digital buat golongan B40 serta mewujudkan urus niaga pinjaman wang yang lebih selamat dan terkawal. Pelbagai agensi kerajaan turut terlibat dalam pelaksanaan perkhidmatan ini seperti Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia (JSJK, PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

    Masih tiada maklumat lanjut tentang permohonan untuk meminjam wang daripada perkhidmatan ini setakat waktu artikel ditulis. Beritahu kami di Facebook jika ini adalah sesuatu yang menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...