More

    Anda boleh menangi Tesla Model 3 dan pelbagai hadiah lain dengan menyertai Maxis Bonanza!

    Syarikat telekomunikasi tempatan Maxis kini sedang menganjurkan pertandingan Maxis Bonanza yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pememang, seperti hadiah utama Tesla Model 3, televisyen Samsung QLED dan hadiah-hadiah lain berjumlah RM1 juta.

    Untuk menyertainya, anda boleh log masuk ke dalam aplikasi Maxis atau Hotlink, pastikan semua bil telah dibayar dan daftar masuk ke dalam pertandingan ini. Penyertaan hanya dibuka untuk para pelanggan Maxis dan Hotlink sahaja, manakala mereka yang belum menjadi pelanggan boleh menyertainya dengan melanggan kepada pelan Maxis Postpaid, Maxis Home Fibre, Hotlink Prepaid atau Hotlink Postpaid.

    Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 5 Februari 2025 dan terdiri daripada tiga pusingan, dan mereka yang berminat untuk menyertai perlu mendaftarkan diri dalam setiap pusingan. Berikut adalah senarai hadiah yang diberikan dalam pusingan-pusingan yang terlibat:

    Pusingan Hadiah
    Pusingan 1 (1 Nov – 30 Nov 2024)Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3
    Hadiah kedua: 50 x TV Pintar 4K Samsung 65″ QLED Q70D
    Pusingan 2 (1 Dis – 31 Dis 2024)Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3
    Hadiah kedua: 50 x Dyson v12 Detect Slim Fluffy
    Pusingan 3 (1 Jan – 5 Feb 2025Hadiah Utama: 1 x Tesla Model 3
    Hadiah kedua: 50 x Samsung Galaxy S24 Ultra (512GB)

    Selain itu, Maxis akan terus menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk para pelanggannya:

    • Dapatkan telefon pintar 5G percuma apabila menaik taraf ke Maxis Postpaid 109 atau ke atas.
    • Beli peranti mudah alih dan dapatkan diskaun sehingga RM300 untuk pembelian seterusnya melalui Maxis Zerolution Mobile atau Aksesori.
    • Nikmati naik taraf percuma ke Maxis Home Fibre 500Mbps apabila membeli TV bersama Maxis Home Fibre (bermula 14 November 2024).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pertandingan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maxis

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured