More

    Anda boleh pilih untuk pautkan nombor telefon pada WhatsApp Web

    Sebelum ini, anda perlu imbas kod QR untuk selaraskan WhatsApp mudah alih dengan WhatsApp Web. Kini, terdapat ciri baharu di mana anda boleh memilih untuk memasukkan nombor telefon anda berbanding imbas kod QR.

    Dengan menggunakan ciri “Pautan dengan Nombor Telefon”, pengguna kini boleh menggunakan akaun WhatsApp yang sama pada berbilang telefon tanpa perlu log keluar. Di bawah adalah imej yang akan anda dapati pada halaman utama WhatsApp Web sebelum log masuk.

    Langkahnya agak mudah, anda perlu klik pada ‘pautan dengan nombor telefon’ (Link with phone number) dan masukkan nombor telefon anda untuk menerima kod sekali sahaja. Kemudian, taip kod lapan digit yang dihantar pada telefon untuk membolehkan pemautan peranti.

    Buat masa ini, ciri ini hanya disediakan untuk pengguna beta terpilih tetapi kemas kini penuh akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna secara berperingkat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured