More

    Anda boleh teroka kelajuan rangkaian 5G dalam YES 5G Playground di Kuala Lumpur

    Jika anda berminat untuk melihat kelebihan dan kelajuan internet yang ditawarkan oleh rangkaian 5G, anda boleh hadir ke YES 5G Playground di Premier Terrace Lot 10, Kuala Lumpur untuk menyertai pelbagai aktiviti yang bertemakan rangkaian 5G

    YES 5G Playground akan beroperasi pada jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari, sehingga 31 Mac 2022. Anda boleh mencuba sendiri pengalaman melayari internet dengan 5G menggunakan peranti yang disediakan seperti telefon pintar, komputer riba dan set kepala reality maya (VR).

    Anda juga boleh mendapatkan pek SIM 5G percuma seperti YES FT5G Discover SIM Pack dan YES FT5G FREE FIRE SIM Pack, manakala pelan prabayar YES FT5G Prepaid Unlimited disediakan pada harga RM30 dan pelan pascabayar YES FT5G Postpaid pula berharga RM49.

    Selain itu, pelawat berpeluang untuk memenangi sebuah telefon pintar 5G jika mereka menyertai pertandingan mengambil gambar dalam Instagram @Yes.5G. Pelawat juga akan menerima bertih jagung dan gula-gula kapas jika mereka hadir ke YES 5G Playground pada 26 dan 27 Mac 2022.

    Layari laman web ini untuk maklumat lanjut tentang YES 5G Playground. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melawat acara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured