More

    Anda dapat langganan Netflix 6 bulan percuma jika beli siri Xiaomi Mi 10T sekarang

    Setelah dilancarkan di pasaran Malaysia, siri Xiaomi Mi 10T adalah siri peranti yang agak popular dan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat. Jika anda berniat untuk mendapatkannya, anda boleh membeli Xiaomi Mi 10T atau Xiaomi Mi 10T Pro sekarang dan layak mendapat langganan Netflix Mobile Plan percuma selama enam bulan.

    Xiaomi Malaysia mengumumkan kolaborasi istimewa dengan Netflix ini bertujuan untuk memperkenal filem animasi baharu Over The Moon. Bermula sekarang sehingga 31 Disember, setiap pembelian Xiaomi Mi 10T dan Xiaomi Mi 10T Pro layak menerima langganan percuma Netflix Mobile Plan selama enam bulan.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat kempen Journey to the Moon yang sedang berlangsung. Anda boleh mengongsikan gambar bulan dan mendaftarnya di pautan ini. Terdapat pelbagai hadiah menarik termasuklah Redmi Note 9, Mi Note 10 Lite dan banyak lagi.

    Anda boleh mengunjungi laman Facebook Xiaomi Malaysia rasmi untuk maklumat lanjut. Sepintas lalu, siri Xiaomi Mi 10T memiliki spesifikasi menarik seperti kamera 108MP dengan penstabilan imej optikal, skrin 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan cipset Snapdragon 865. Anda boleh menyemak spesifikasi Xiaomi Mi 10T dan Xiaomi Mi 10T Pro di pautan yang disediakan atau menonton video unboxing Xiaomi Mi 10T Pro.

    Adakah anda berminat dengan tawaran ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured