Pada bulan Jun lalu, kami sudah pun melaporkan tentang jam tangan G-SHOCK edisi khas yang bertemakan One Piece dan dilancarkan untuk pasaran Jepun. Kini peminat G-SHOCK dan One Piece di Malaysia boleh memiliki jam tangan eksklusif tersebut di Isetan Kuala Lumpur.
Pelanggan yang berminat boleh berdaftar secara rafel (raffle) yang akan bermula pada 4 Ogos (hari ini) jam 12:00 tengah hari dan tamat pada Selasa, 11 Ogos jam 8:00 malam. Pelanggan yang layak membeli jam tangan ini akan dimaklumkan secara individu melalui media sosial pada Jumaat, 14 Ogos dan perlu membelinya di Isetan antara 15 hingga 20 Ogos.
Untuk berdaftar, pelanggan perlu mengisi borang di G-SHOCK Counter di Isetan dan menjadi ahli Isetan KL IMC Member. Jam tangan eksklusif ini hanya akan dijual sebanyak 10 utas sahaja dan dijual pada harga RM1,049 setiap satu.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli jam tangan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Instagram






