More

    Anda kini boleh import “chat” dari WhatsApp dan aplikasi terpilih terus ke Telegram

    Semalam, Telegram telah mengumumkan naik taraf baharu untuk aplikasinya di mana pengguna kini boleh mengimport perbualan dari beberapa aplikasi termasuk WhatsApp terus ke Telegram. Anda boleh membaca siaran penuh di blog Telegram mengenai naik taraf fungsi ini.

    Antara aplikasi yang membenarkan anda memindahkan perbualan (chat) terus ke Telegram adalah WhatsApp, Kakao Talk dan Line. Anda boleh memindahkan perbualan dengan mudah melalui peranti iOS atau Android anda melalui langkah di bawah.

    • Android: Buka aplikasi yang anda ingin pindahkan perbualannya (contoh WhatsApp) > Pilih mana-mana perbualan individu atau kumpulan > Pilih menu ⋮ > Eksport Perbualan (Export Chat) dan pilih Telegram dalam menu Kongsi (Share)
    • iOS: Sama seperti di atas. Anda juga boleh mengimport secara terus dengan menyeret (swipe) ke kiri pada perbualan (Chat), kemudian pilih Eksport (Export)

    Selain dari ciri pemindahan perbualan ini, terdapat beberapa ciri baru lain seperti pemadaman kumpulan, perbualan rahsia dan sejarah panggilan sekaligus dan lain-lain. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Telegram

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...