More

    Anda kini boleh isi minyak guna TNG eWallet di stesen Petronas seluruh negara

    Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) telah menjalinkan kerjasama strategik bersama TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) bagi membolehkan pengguna mengisi dan membayar minyak terus di pam menggunakan TNG eWallet.

    Perkhidmatan ini kini tersedia di lebih 1,000 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara menerusi integrasi teknologi eksklusif ‘pam dan bayar’ milik Setel dalam aplikasi TNG eWallet. Ciri ini boleh diakses melalui program mini “PETRONAS via Setel” tanpa memerlukan pengguna memuat turun aplikasi tambahan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Encik Abdullah Ayman Awaluddin menyatakan bahawa kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Setel untuk memperluaskan ekosistem digitalnya melalui integrasi yang memberi impak besar kepada pengguna. Menurut beliau, pengisian minyak adalah urus niaga yang kerap dilakukan dan dengan integrasi ini, Setel dapat memenuhi keperluan pengguna secara lebih menyeluruh.

    Sebagai promosi sempena pelancaran, ganjaran istimewa bernilai RM5 dalam bentuk mata Mesra Rewards akan diberikan untuk 50,000 transaksi pertama yang layak melalui program mini ini. Promosi ini terbuka kepada pengguna baharu serta pengguna sedia ada yang menghubungkan ID Mesra ke akaun Setel buat kali pertama.

    Selain itu, pengguna turut akan menerima mata ganjaran GOrewards TNG eWallet untuk setiap transaksi yang dibuat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...