More

    Anda kini boleh labur dalam Amanah Saham Malaysia melalui Touch ‘n Go eWallet

    TNG Digital Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go (TNG) eWallet akan membenarkan anda melabur dalam Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), dengan kerjasama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

    TNG eWallet kini diiktiraf sebagai salah satu agen digital kepada ASNB. Pengguna e-dompet tersebut boleh memulakan portfolio pelaburan ASNB mereka melalui fungsi GOfinance dengan mudah, bermula serendah RM10.

    Selain melabur, pengguna juga boleh melakukan beberapa fungsi ASNB seperti:

    • Mengakses maklumat akaun ASNB sedia ada
    • Mengakses butiran akaun ASNB Bijak
    • Melanggan kepada dana baharu
    • Melabur dalam dana sedia ada
    • Menetapkan pelaburan mingguan atau bulanan secara automatik melalui Auto Labur

    Bagi menggalakkan orang ramai untuk mula melabur, pengguna ASNB yang baharu akan menerima pulangan tunai RM3 apabila mereka melabur dalam ASM 3 sebanyak RM100 dan ke atas dalam satu transaksi. Kempen ini akan berlangsung sehingga 31 Disember dan sepanjang ia berlangsung, pengguna TNG eWallet yang ingin melabur dalam ASM 3 akan dihadkan sebanyak RM1,000 sahaja.

    Untuk yang tidak mengetahui, ASM 3 adalah dana harga tetap (fixed-price fund) dengan keberadaan yang terhad, berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat. Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh diketahui melalui laman web TNG Digital.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured