More

    Anda kini boleh lapor kerosakan jalan melalui aplikasi MYJalan

    Pernahkah anda melanggar lubang di tengah jalan, lampu jalan rosak atau isu lain berkaitan jalan raya? Kini, anda boleh membuat aduan dengan mudah kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MYJalan yang dilancarkan oleh Jabatan Kerja Raya.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander menyiarkan video pendek di Facebook peribadinya dengan menunjukkan cara menggunakan aplikasi itu untuk mengemukakan aduan. Untuk mengadu tentang kerosakan jalan, anda boleh mengikut langkah ini:

    1. Daftar dan log masuk ke MYJalan.

    2. Masukkan nama jalan atau lokasi tempat anda ingin mengadu.

    3. Alihkan penanda merah ke lokasi tertentu.

    4. Klik pada “Daftar Aduan” untuk memulakan aduan anda.

    5. Pilih kategori aduan.

    6. Muat naik gambar yang berkaitan sebagai bukti.

    "
    "

    7. Klik “Seterusnya” untuk menghantar.

    Anda boleh muat turun MYJalan daripada Google Play Store , Apple App Store atau HUAWEI AppGallery. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...