More

    Anda kini boleh memesan makanan daripada restoran kecil menggunakan Instagram!

    Semalam, Instagram telah melancarkan sebuah kemudahan di mana restoran-restoran kecil boleh menjual makanan dalam platform media sosial tersebut. Mereka boleh berkongsi pelekat (stickers) “Order Food” pada Instagram Story mereka dan meletakkan action button pada profil mereka.

    Apabila pengguna Instagram klik pada pelekat atau action button tersebut, mereka boleh memesan makanan yang disediakan oleh restoran itu daripada platform penghantaran yang digemari. Untuk pasaran Malaysia, Instagram telah bekerjasama dengan Grab dan FoodPanda untuk melancarkan ciri ini.

    Pengguna yang ingin membantu mengiklankan restoran-restoran kecil juga boleh berkongsi pelekat “Order Food” pada Stories mereka. Tentunya ini adalah berita yang menarik buat restoran-restoran kecil yang mengharapkan pada penghantaran makanan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan kemudahan baru Instagram ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...