More

    Anda kini boleh memesan makanan daripada restoran kecil menggunakan Instagram!

    Semalam, Instagram telah melancarkan sebuah kemudahan di mana restoran-restoran kecil boleh menjual makanan dalam platform media sosial tersebut. Mereka boleh berkongsi pelekat (stickers)Order Food” pada Instagram Story mereka dan meletakkan action button pada profil mereka.

    Apabila pengguna Instagram klik pada pelekat atau action button tersebut, mereka boleh memesan makanan yang disediakan oleh restoran itu daripada platform penghantaran yang digemari. Untuk pasaran Malaysia, Instagram telah bekerjasama dengan Grab dan FoodPanda untuk melancarkan ciri ini.

    Pengguna yang ingin membantu mengiklankan restoran-restoran kecil juga boleh berkongsi pelekat “Order Food” pada Stories mereka. Tentunya ini adalah berita yang menarik buat restoran-restoran kecil yang mengharapkan pada penghantaran makanan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan kemudahan baru Instagram ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...