More

    Anda kini boleh menambah acara pada Google Calendar terus daripada Gmail

    Google kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah acara ke Google Calendar terus dari e-mel di Gmail dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) Gemini. Gemini akan secara automatik mengesan kandungan berkaitan kalendar dalam e-mel dan memaparkan butang “Tambah ke kalendar” jika relevan.

    Apabila butang ini diklik, satu panel sisi akan muncul untuk pengesahan sebelum acara dimasukkan ke dalam Google Calendar. Ini adalah tambahan kepada kebolehan Gemini yang sebelum ini sudah boleh menjawab pertanyaan berkaitan Google Calendar dalam Gmail sejak November lalu.

    Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris dan hanya boleh diakses melalui antara muka web Gmail. Ia tidak akan muncul dalam e-mel yang secara automatik telah mengekstrak acara seperti tempahan restoran atau tiket penerbangan. Selain itu, acara yang dibuat melalui butang ini tidak akan menyertakan tetamu lain secara automatik.

    Pelancaran ciri ini bermula hari ini dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang pertengahan April. Namun, tidak semua pengguna boleh menikmati kemudahan ini. Ia hanya tersedia untuk pemilik akaun Google Workspace Business atau Enterprise dengan pelanggan tambahan Gemini Education atau Gemini Education Premium serta mereka yang melanggan Google One AI Premium.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured