More

    Anda kini boleh tampil bergaya dengan Xiaomi 11 Lite 5G NE dan rantai mewah Swarovski!

    Sering kali, telefon pintar dilihat sebagai sebuah alat keperluan harian sahaja untuk menghubungi rakan-rakan serta melayari internet, jadi reka bentuk luarannya jarang dipedulikan. Buat mereka yang gemarkan fesyen dan ingin memiliki telefon yang boleh dipadankan dengan pakaian mereka sebaik mungkin, perkara ini sukar dilakukan kerana kebanyakan telefon memiliki rekaan yang bosan.

    Mujur sekali, golongan “fashionista” kini boleh lihat pada telefon pintar Xiaomi terbaru yang dihasilkan bersama jenama barang kemas Swarovski dan membuktikan bahawa sebuah telefon juga masih boleh dijadikan sebagai aksesori fesyen.

    Telefon pintar Xiaomi 11 Lite 5G NE menawarkan rekaan berkilauan mirip kristal yang pasti boleh menarik perhatian orang di sekeliling anda. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna menawan iaitu hitam Truffle Black, biru Bubblegum Blue, merah jambu Peach Pink dan putih Snowflake White.

    Selain rekaan yang menarik, telefon ini juga menampilkan reka bentuk yang nipis dan ringan, dengan berat 158 gram dan ketebalan 6.81mm sahaja. Ini membuatkannya sangat mudah dipegang dan dimasukkan ke dalam beg tangan.

    Xiaomi telah bekerjasama dengan Swarovski untuk menyediakan kotak edisi terhad di mana anda akan turut menerima aksesori rantai leher mewah yang padan dengan rekaan Xiaomi 11 Lite 5G NE.

    Daripada segi paparan pula, telefon ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.55 inci yang menyokong teknologi Dolby Vision 10-bit untuk penghasilan warna yang terang serta menawarkan kadar segar semula 90Hz, jadi anda boleh gunakan sebarang aplikasi dengan lancar.

    Untuk fotografi, telefon ini menawarkan kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera telemakro 5MP dan kamera swafoto 20MP. Selain kamera yang lengkap ini, ia turut menawarkan fungsi Night Mode untuk penggambaran yang lebih terang dalam suasana malap.

    Walaupun dengan estetika yang menarik, Xiaomi tidak mengorbankan prestasi telefon ini kerana ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 778G, jadi anda boleh jangkakan prestasi pantas untuk pelbagai jenis aplikasi termasuk gaming.

    Xiaomi 11 Lite 5G NE Swarovski Edisi Terhad ini boleh didapati dengan harga RM1,399 di laman web Xiaomi Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured