World Wrestling Entertainment (WWE) telah memperkenalkan WWE Network versi percuma, di mana anda kini boleh menonton lebih 15,000 siaran premium WWE tanpa sebarang bayaran. Syarikat hiburan gusti Amerika Syarikat itu mengadakan program ini bagi memperkenalkan sukan tersebut kepada lebih ramai orang.
Antara tajuk yang boleh ditonton percuma adalah Raw Talk, Monday Night War, WWE Now, The Best of WWE, beberapa episod WWE Pay-Per-Views dan banyak lagi. Penonton yang berminat boleh memuat turun aplikasi WWE dalam televisyen, konsol gaming, telefon pintar, tablet dan komputer.
Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton aksi gusti melalui akses percuma ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






