More

    Anda mungkin dikategorikan sebagai “Tidak Lengkap Vaksinasi” jika belum terima dos penggalak

    Bermula hari Jumaat, 1 April 2022, status vaksinasi untuk beberapa rakyat yang belum menerima dos penggalak akan bertukar daripada “Vaksinasi Lengkap (Fully Vaccinated)” kepada “Vaksinasi Tidak Lengkap (Partially Vaccinated)“.

    Rakyat yang akan mengalami penukaran status vaksinasi ini terdiri daripada dua golongan:

    • Penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas yang belum menerima dos penggalak
    • Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang belum menerima dos penggalak

    Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah menerima dos pertama dan kedua daripada jenis vaksin lain seperti Pfizer, AstraZeneca dan CanSino, status mereka tidak akan terjejas bermula 1 April 2022 ini walaupun mereka belum mengambil dos penggalak. Sungguh pun begitu, mereka masih dinasihatkan untuk menerima dos penggalak secepat mungkin.

    Jika anda masih belum menerima dos penggalak, anda boleh tempah janji temu untuk menerima dos tersebut dalam aplikasi MySejahtera.

    Kami berharap para pembaca akan terus dilindungi daripada wabak COVID-19. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: KKM Facebook

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...