More

    Anda mungkin perlu bayar untuk dapatkan lesen memandu fizikal mulai tahun depan

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, semalam mengumumkan bahawa mulai tahun depan, pengguna mungkin perlu membayar jika ingin mendapatkan lesen memandu fizikal. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha pendigitalan lesen memandu dan cukai jalan yang diteruskan oleh kerajaan.

    Berucap di Dewan Rakyat, Loke memaklumkan bahawa aplikasi MyJPJ telah dimuat turun lebih 13.7 juta kali dengan 10.7 juta pengguna mendaftar untuk JPJeID. Sehingga 31 Oktober, aplikasi ini telah menjana hampir RM121 juta hasil daripada pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan oleh pengguna.

    Walaupun penggunaan dokumen digital terus dipromosikan, Loke mengakui terdapat aduan daripada orang ramai yang masih memerlukan dokumen fizikal. Oleh itu, awal tahun depan, satu inisiatif akan diperkenalkan bagi membolehkan pengguna mencetak lesen memandu fizikal dengan bayaran tertentu yang akan diumumkan kelak.

    Langkah ini diambil untuk memenuhi keperluan semua pihak sambil meneruskan transformasi digital dalam sistem pengangkutan negara. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Dewan Rakyat

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured