More

    Anda mungkin tidak boleh “back up” teks WhatsApp ke dalam Google Drive tanpa had kelak

    Jika anda merupakan seorang pengguna telefon pintar Android dan aplikasi pemesejan WhatsApp, anda boleh menyandarkan (back-up) data dan teks sembang anda ke dalam Google Drive tanpa sebarang had. Data sandaran itu juga tidak akan menyumbang ke dalam kuota storan Google Drive pengguna.

    Ini adalah selepas Google membuat satu persefahaman dengan WhatsApp pada 2015 untuk membenarkan pengguna Android menyandarkan data mereka ke dalam Google Drive tanpa sebarang had.

    Walau bagaimanapun, perkara ini mungkin akan berubah dalam masa terdekat. Menurut media WABetaInfo, Google bakal menamatkan sandaran tanpa had ini kepada pengguna WhatsApp Android pada masa akan datang.

    Maklumat ini diperolehi daripada tangkapan skrin (screenshot) untuk kod kemas kini WhatsApp, di mana ia menunjukkan beberapa mesej seperti “Google Drive almost full (Google Drive hampir penuh)”, “Google Drive limit in effect (had Google Drive kini berkuatkuasa)”, “Google Drive limit reached (had Google Drive dicapai)” dan “Google Drive backup changing (sandaran Google Drive bertukar).”

    Google mungkin mengambil langkah ini kerana mereka ingin pengguna WhatsApp Android mula membayar yuran bagi menyandar data ke dalam Google Drive. Berdasarkan tangkapan skrin tersebut, Google mungkin akan mengenakan had untuk sandaran data WhatsApp secara percuma namun had tersebut masih belum dikenal pasti.

    Pada tahun lalu, Google telah pun menamatkan sandaran gambar tanpa had untuk Google Photos dan mula mengenakan yuran kepada pengguna untuk menyandarkan gambar. Jadi, ini mungkin perkara yang serupa untuk data sembang WhatsApp.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured