More

    Anda mungkin tidak boleh gunakan WhatsApp dalam telefon bermula 2021

    Bermula 1 Januari 2021, telefon yang dilengkapi iOS 9, Android 4.0.3 atau ke bawah tidak akan lagi menyokong penggunaan aplikasi pemesejan WhatsApp. Ini adalah berita yang penting jika anda menggunakan telefon iPhone atau Android yang lama.

    Ini adalah operasi standard oleh Facebook yang mengabaikan sokongan untuk sistem operasi lama. Tahun lepas, Facebook tidak lagi menyokong penggunaan dalam iOS 8, Android 2.3.7 dan ke bawah.

    Sebagai rujukan, model iPhone yang mampu menyokong WhatsApp bermula 2021 adalah iPhone 4s dan ke atas. Manakala untuk telefon Android pula, secara umumnya telefon yang dilancarkan pada 2012 dan ke atas masih boleh menggunakan WhatsApp.

    Untuk mengetahui versi Android anda, anda boleh pergi ke Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone) > Maklumat Perisian (Software Information).

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Daily Mail UK

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured