More

    Anda tidak perlu lagi tempah sesi janji temu untuk hadir ke Pos Malaysia bermula 6 September

    Pada awal bulan Ogos 2021, Pos Malaysia memaklumkan bahawa segala urusan berkenaan lesen kenderaan atau berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya boleh dilakukan dengan menempah satu temu janji dalam laman web Pos Malaysia. Kini, Pos Malaysia telah menjelaskan bahawa anda tidak perlu lagi berbuat demikian.

    Bermula esok (6 September 2021), pelanggan boleh masuk sahaja (walk-in) ke dalam pejabat pos di seluruh negara untuk pembaharuan lesen kenderaan motor, cukai jalan dan lesen memandu.

    Buat mereka yang sudah pun membuat janji temu terlebih dahulu, mereka dijemput untuk hadir ke pejabat pos mengikut masa yang telah ditetapkan. Pelanggan boleh menggunakan fungsi Outlet Finder dalam laman web atau aplikasi Pos Malaysia bagi mencari pejabat pos terdekat.

    Pos Malaysia turut menasihati pelanggan untuk mematuhi segala SOP yang diperlukan untuk mencegah penularan COVID-19. Pelanggan yang mengalami gejala COVID-19 pula tidak dibenarkan masuk ke mana-mana premis Pos Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook Pos Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured