More

    Android 12 (edisi Go) 2022 lancarkan ciri baharu dan penambaikkan privasi

    Android 12 (edisi Go) memberi pengalaman yang lebih lancar, mudah dan mesra privasi berbanding Android sebelum ini. Android 12 ditambahbaikkan terutamanya untuk pengguna berbilang bahasa dan memperkenalkan ciri baharu yang mengambil kira kos data.

    Aplikasi pada peranti Android 12 (edisi Go) dengan sokongan SplashScreen API adalah 30% lebih pantas dan lancar. Ia menjimatkan hayat bateri dan storan dengan menghibernasi aplikasi yang tidak digunakan untuk jangka masa yang lama. Selain itu, aplikasi Files Go yang dikemas kini membolehkan anda memulihkan fail dalam masa 30 hari untuk ruang yang lebih besar.

    Android 12 (edisi Go) membantu anda dari segi pemahaman termasuk pilihan untuk mendengar berita dan menterjemah sebarang kandungan pada skrin ke dalam bahasa pilihan anda. Untuk menjimatkan caj data, anda boleh berkongsi aplikasi terus dengan peranti berdekatan menggunakan Kongsi Berdekatan (Nearby Share) dan Google Play. Anda juga boleh berkongsi peranti dengan mudah dengan menukar kepada profil tetamu terlebih dahulu dan menetapkannya semula sebaik sahaja ia selesai.

    Daripada segi privasi, lebih banyak kawalan ditetapkan untuk menentukan jumlah maklumat peribadi yang boleh diakses oleh aplikasi anda. Dengan penambahan papan pemuka privasi baharu, notifikasi akan muncul pada skrin yang mana ia akan meminta kebenaran untuk menggunakan mikrofon atau kamera. Terdapat juga ciri, anggaran lokasi baharu membolehkan anda melihat hanya lokasi anggaran dan bukannya lokasi yang tepat.

    Anda boleh nikmati ciri terbaru Android 12 (edisi Go) ini dan beritahu kami pengalaman anda. Komen Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Blog Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured