More

    Android 13 hadir dengan tetapan getaran pemberitahuan mengikut kesesuaian pengguna

    Bekas ketua editor XDA Developers dan pakar Android, Mishaal Rahman menemui langkah untuk menyesuaikan getaran telefon pintar setelah mengemas kini ke Android 13. Beliau menyatakan di Twitternya di mana peluncur getaran telah ditambah untuk mengawal getaran penggera dan media.

    Android 13 membolehkan anda memprogram getaran telefon pintar mengikut pilihan anda seperti panggilan telefon, penerimaan SMS, amaran atau pemberitahuan ringkas. Pada tangkapan imej yang dikongsi, Google membenarkan anda melaraskan penggetar menggunakan peluncur. Sebagai contoh, anda boleh mengaktifkan penggetar pada mulanya dan diikuti dengan nada dering ketika mendapat panggilan.

    Buat masa ini, telefon memberikan kekuatan getaran yang sesuai bagi panggilan atau pemberitahuan tanpa perlu disuaikan. Android 13 juga akan membolehkan anda melaraskan kuasa maklum balas haptik skrin dengan ketepatan yang tinggi. Kebarangkalian, Google tidak akan menggunakan Android 13 sehingga September 2022. 

    Kami menjangkakan pratonton baharu melalui beta awam yang pertama akan digunakan selepas persidangan Google pada Mei 2022. Android 13 turut mempunyai ciri antara muka khas untuk PC sama seperti Android 12L. Namun, versi ini mungkin tersedia bagi peranti dengan skrin besar manakala Android 13 membawa versi biasa OS seterusnya.

    Google juga telah meletakkan antara muka, pemberitahuan dan ikon tetapan pantas di sebelah kanan bar tugas. Dalam mod ini, aplikasi dibuka secara automatik dalam mod tetingkap bentuk bebas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina 

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured